Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN ISLAM KE EROPAH (a) Kekuatan pasukan tentera…
FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN ISLAM KE EROPAH
a) Kekuatan pasukan tentera Islam.
Pegangan akidah dan akhlak yang kukuh menjadi asas kekuatan kerajaan Islam menentang Eropah.
Semangat Ghazi Zaman Uthmaniyah membentuk semangat pahlawan berkorban jiwa raga demi menyebarkan Islam. Kesannya, kejayaan meperluaskan kuasa ke Eropah.
Sistem ketenteraan Uthmaniyah - senjata moden (meriam besar), tentera berkuda dan kumpulan infantry yang kuat.
Kumpulan Janissari Uthmaniyah ialah kumpulan elit terlatih dalam perang.
Kekuatan armada laut - pada zaman Suleiman al-Kanuni armada ini mengawal kawasan Laut Mediterranean.
b) Politik tidak stabil di Eropah
Perang antara kerajaan kecil di Eropah memudahkan Islam meluaskan kuasa.
Kemasukkan tentera Uthmaniyah pada awalnya atas permintaan Maharaja John VI Cantacuzens yang meminta bantuan Orhan menuntut takhta kerajaan Byzantine.
Kejatuhan Byzantine - memberi peluang kepada penyebaran Islam di Eropah.
Institusi gereja di Eropah runtuh - penyalahgunaan kuasa serta pergaduhan para pemimpin membuatkan ramai penganut agama Kristian memeluk Islam.
c) Dasar Pemerintahan Islam
Dasar diplomasi dan toleransi - masyarakat Eropah tidak dipaksa memeluk Islam.
Kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodoks diiktiraf, kerajaan Uthmaniyah tidak mencampuri hal keagamaan Kristian.
Dasar berasaskan kecemerlangan individu dan bukan keturunan menarik minat orang Eropah memeluk Islam.
Kerajaan Islam tetap membina sekolah, rumah sakit dan kawasan perdangangan rakyat di jajahan Eropah.
Peranan penghijrah Turki dan pendakwah Islam
Ramai orang Turki berhijrah ke Balkan seperti kawasan Thrace, utara Bulgaria dan Albania yang didiami ahli sufi.
Mereka bersama ahli sufi menarik minat orang Kristian memeluk Islam kerana sifat toleransi ahli sufi.