Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH (Sumbangan (Bertahan selama 600 tahun sebagai…
KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH
Latar belakang
Kelemahan Kerajaan Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan kecil seperti Saljuk di Turki.
Salah sebuah pemerintahan di bawah pengaruh Saljuk ialah Anatolia, tetapi pemerintah Anatolia bebas mentadbir.
Kemudian, kerajaan kecil Anatolia menguasai kerajaan lain sehingga membentuk kerajaan Turki Uthmaniyah.
Uthmaniyah berasal dari nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman bin Ertughrul. Beliau ialah Amir (gabenor Saljuk) kawasan barat Anatolia yang bersempadan dengan empayar Byzantine (Rom Timur) maka ancaman di sini amat tinggi.
Kemudian, Byzantine ditumpaskan oleh Uthman, maka ramai ghazi (pahlawan tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman bagi meperluaskan taklukan.
Perluasan empayar
Empayar bermula disekitar Anatolia, kemudian Bursa dijadikan ibu negeri ketika pemerintahan Uthman.
Penggantinya iaitu Orhan I meluaskan jajahan seperti Marmara, Ankara.
Kemudian Murad I dan Bayezid I menguasai jajahan seperti Bulgaria, Sofia, Albania dan Kosovo.
Mehmed II pula berjaya menawan Istanbul (Constantinople) iaitu ibu kota Rom Timur
Pada awal abad ke-20, empayar ini merosot kerana pemimpinnya lemah dan keruntuhan sistem cukai serta pemberontakan.
Sumbangan
Bertahan selama 600 tahun sebagai empayar Islam sehingga berperanan membentuk kesatuan orang Islam seluruh dunia.
Istanbul menjadi pusat pentadbiran dunia Islam.
Apabila Sultan Selim I menguasai Makkah, kerajaan ini dianggap pelindung umat Islam seluruh dunia.
Kanun Suleiman diperkenalkan sebagai perundangan yang melindungi nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengira bangsa dan agama.
Kerajaan ini meperkenalkan sistem jawatan seperti kadi dan mufti. Jawatan Sheikh-ul -Islam pula ialah ketua ulama yang mengeluarkan fatwa.
Dari segi ekonomi, Istanbul menjadi kota perdagangan Timur dan Barat,dunia Islam dan bukan Islam.
Hubungan perdangangan Turki meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Mediterranean, Tengah, Merah dan Hindi.
Menukarkan sistem bangsawan berasaskan susun lapis masyarakat kepada sistem menggalakan kecemerlangan individu - mobility sosial meluas khasnya di jajahan Eropah.
Sistem pendidikan - sistem madrasah, sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera dan kolej perubatan.
Penulisan ensiklopedia - berkaitan Sains Islam.
Perpustakaan ditubuhkan di masjid, hospital dan rumah.
Seni bina - Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul.