Kisah ini menceritakan seorang mualaf yang bernama Aloysius Abdullah yang telah berkahwin dengan seorang wanita yang cantik bernama Zaitun. Aloysius digelar sebagai pengacau kerana sikapnya suka mengacau orang. Aloysius terlalu teruja untuk balik ke kampung halaman Zaitun untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kerana Aloysius pertama kali menyamput perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kolonel Bakar ialah bapa kepada Zaitun, beliau merupakan seorang bekas askar. Beliau seorang yang tegas tapi berhati lembut. Maria ialah ibu kepada Zaitun, ibu Zaitun merupakan seorang memasak dan Azman ialah adik kepada Zaitun. Aloysius terlalu teruja untuk membantu keluarga Zaitun untuk menyiapkan persiapan hari raya, tapi sikap beliau telah mewujudkan perasaan kurang senang terhadap kedua ibu bapa Zaitun. Akhirnya, adik Zaitun iaitu Azman telah meminta bantuan Aloysius untuk mengacau dodol dan Aloysius terlalu teruja untuk membantu mengacai dodol tersebut. Bermula dari itu, Aloysius telah digelar sebagai "Pengacau Raya" kerana beliau telah ditugaskan untuk mengacau dodol, rendang dan sebagainya.