Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERISTIWA KAMPUNG MEDAN (RENTETAN PERISTIWA (Penduduk berada dalam keadaan…
PERISTIWA KAMPUNG MEDAN
PENGENALAN
- Merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang berlaku di Kampung Medan dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama, 5 hari
- Peristiwa ini berlaku di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan, Kampung Datuk Harun. Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama
- Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan
- Pergaduhan turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong
PUNCA
- Pergaduhan antara dua kumpulan permuda di Kampung Lindungan ekoran persediaan majlis perkahwinan dan majlis pengkebumian
- Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah rumah orang Melayu, sementara jiran Indianya mengadakan majlis pengkebumian
- Kemudian 200 orang turut sama dalam pergaduhan itu. Mereka dipercayai orang luar yang datang atau dibawa dari luar Kampung Medan
RENTETAN PERISTIWA
- Penduduk berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam
- Masyarakat India berwaspada dan bersiap sedia sekiranya samseng Melayu datang menyerang mereka. Sebaliknya masyarakat Melayu di Kampung Medan sentiasa berkawal kalau-kalau samseng India dibawa masuk untuk menyerang mereka
- Samseng-samseng ini dikatakan datang dari luar
- Menteri Besar Selangor ketika itu bertindak berkawal di kuil Hindu di Kampung Medan agar orang-orang Melayu tidak bertindak
- Beberapa orang yang luka telah dihantar ke Unit Kecemasan di Hospital Universiti di Petaling Jaya. Polis dan FRU telah bertugas dan berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama. Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Datuk Mohamad Jamil Johari
RENTETAN PERISTIWA
- 153 orang telah ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian. 95 orang lelaki Melayu, 56 orang India dan 2 warga Indonesia. 37 orang telah dilaporkan cedera termasuk 34 India dan 3 Melayu
- 98 senjata pelbagai jenis dan saiz terutama parang dan besi telah ditemui dan dirampas oleh polis yang membuat sekatan dan serbuan. Lain-lain senjata ialah boang buatan sendiri, pisau, pedang samurai, rantai besi, paip besi, kapak dan kayu
- Datuk Mohamed Jamil Johari turut menyatakan sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar. Beberapa buah bas dan dan van telah dirosakan
- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia turut bertugas di memberi bantuan kecemasan dan bekalan makanan serta khemah. Rela dan St Johns Ambulance turut memberi perkhidmatan kecemasan dan kawalan keselamatan
Masyarakat Malaysia terkejut dengan peristiwa ini dan tidak menjangka ia akan berlaku dan merebak terlalu pantas. MIC dan UMNO mengatur semula kompromi agar ia tidak berulang