1Malaysia dibina berasaskan Perlembagaan Persekutuan, pelbagai rang undang-undang dan dasar, Rukun Negara, Wawasan 2020, Misi Nasional, serta pandangan kita mengenai perpaduan dan kesaksamaan. Ia merupakan konsep yang merangkumi idea perpaduan dalam kepelbagaian, dan menekankan kepentingan perpaduan negara tanpa mengira bangsa, latar belakang atau kepercayaan agama demi kesejahteraan semua di masa hadapan. Konsep ini kekal relevan dan penting untuk dihayati seluruh rakyat Malaysia.