Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
What If Family is Larger Than You Think? (Budaya (Budaya saling bantu…
What If Family is Larger Than You Think?
PENGAJARAN
Kita hendaklah mempunyai sikap saling bantu-membantu diantara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.
-
Janganlah kita berputus asa dalam kehidupan walaupun kita tidak mempunyai anggota badan yang sempurna.
-
Sinopsis
Video ini mengisahkan tentang seorang warga emas namun tidak berupaya untuk melakukan sebarang kerja kerana kesihatannya tidak begitu mengizinkan selain dari kakinya yang sakit. Namun, itu tidak memutuskan semangatnya untuk bekerja kerana beliau tidak mempunyai ahli keluarga jadi beliau harus bekerja untuk menyara kehidupannya. Selain itu, beliau juga seorang yang berdikari kerana beliau tidak mahu menyusahkan orang lain. Pada suatu hari, beliau kemalangan ketika melintas jalan raya. Beliau mengalami cedera ringan. Namun, orang disekelilingnya amat prihatin dan ingin membantunya. Mereka menyediakan sebuah katil dirumah untuk memberi keselesaan untuknya. Jururawat-jururawat juga sudi untuk menjaga beliau di rumah memandangkan beliau susah untuk bergerak.
NILAI
:<3: BERSYUKUR
Uncle San sentiasa bersyukur dengan kehidupannya walaupun keadaan kesihatan dirinya yang tidak begitu mengizinkan.
:<3: SALING MEMBANTU
Shirin membantu Uncle San dengan menyebarkan berita tentang keadaan beliau di media sosial supaya orang awam dapat membantu kehidupan Uncle San yang serba kekurangan.
:<3: GIGIH BERUSAHA
Uncle San gigih berusaha dan tidak berputus asa untuk menyara kehidupannya walaupun tidak mempunyai ahli keluarga dan kesihatan yang tidak mengizinkan.
:<3: HORMAT MENGHORMATI
Shirin, kakitangan hospital, pekerja yang membantu Uncle San sangat menghormati beliau dengan memanggil gelaran "Uncle" dan bertanya khabar mengenai kesihatan beliau.
-
:<3: PEMURAH
Walaupun kehidupan Uncle San serba kekurangan, beliau tetap memberi sedekah dan membantu orang lain yang lebih memerlukan.
-
-
Norma
Norma masyarakat : Masyarakat yang berbilang kaum, yang hidup saling hormati-menghormati dan saling memerlukan antara satu sama lain. Walaupun berbeza latar belakang namun masih memahami dan menghormati perbezaan yang ada.
Norma agama : Perbezaan dalam agama yang ada dalam masyarakat di Malaysia bukan lagi menjadi jurang antara dua insan untuk saling membantu.
Norma ihsan : Walaupun seseorang itu tidak kaya atau berada namun ia tidak menjadi satu halangan untuk berbuat ihsan dan melalukan kebaikan yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Semua perkara tersebut bergantung kepada hati dan keinginan seseorang.
- Shahrul Rizza Bin Razali 45406
- Siti Ferhana Binti Albido 57884
- Nasra Patahuddin 58872
- Nur Amirah Diyana Binti Razlan 58944
- Anglicessica Emad 58463
- Isman Bin Sahidun 58662
- Nor Shazfyka Binti Mohd Sharif 58907
- Shailah Shirullah 57809
- Intan Syazlina Binti Amir 59628
WATAK DAN PERWATAKAN
Uncle San
-
-
Seorang yang berusaha untuk meneruskan kehidupannya walaupun dalam keadaan sakit dan tidak berupaya untuk berjalan.
-
orang lalu lalang
seorang yang suka membantu orang yang dalam kesusahan sebagai contoh, beliau telah membantu Uncle San melintas jalan.
Para Jururawat
mereka orang yang suka membantu sebgai contoh mereka membantu dan sanggup merawat Uncle San yang sakit itu.
Kelimpahan Kemakmuran
.
Kaum Tua : Sangat berdikari dan lebih suka perhubungan maupun komunikasi secara berdepan. Mementingkan persahabatan berbilang kaum.
Contoh: Uncle San berinteraksi dengan pelbagai kaum(Seperti Melayu, Cina dan India)
Kaum Muda: Lebih maju daripada kaum tua. Sangat arif dalam bidang ICT dan menggunakan media massa untuk mendekatkan perhubungan yang jauh. Kaum yang bertimbang rasa dan sangat peka akan segala yang berlaku disekeliling mereka.
Contoh: Rakyat marhaen dalam media sosial terus memberikan respon lalu menyalurkan sumbangan apabila Syed Azmi menyebarkan masalah Uncle.