Farid yang berlagak dan memandang rendah kemampuan Raju dan rakan-rakannya.
2) Tidak boleh memandang hina atau memperlekehkan orang yang berlainan bangsa dan kaum dengan kita
Farid mengejek percakapan Simon
3) Mempunyai nilai belas kasihan terhadp sesama masyarakat
Rakan-rakan Raju membantu Uncle (ayah Raju) yang hampir dilanggar kereta
4) Kasih sayang
Kasih sayang seorang bapa kepada anaknya dan vice versa
5) Tidak mengharapkan bantuan orang lain
Uncle yang tidak mahu menyusahkan Raju dan rakan-rakannya apabila mereka ingin menghulurkan bantuan kepada Uncle
6) Sikap yang optimis dan berdaya saing
Raju dan rakan-rakannya langsung tidak patah semangat untuk meneruskan usaha mereka walaupun dipandang rendah oleh Farid
7) Berinovasi dan kreatif
Kawan Raju yang mendapat idea baru untuk mengubah struktur kereta mereka kepada yang lebih baik
8) Menerima pandangan orang lain
Raju dan Simon menerima pandangan dan cadangan baru yang dikemukakan oleh rakan mereka mengenai perubahan struktur kereta
9) Berani mengambil risiko
Raju dan rakan-rakannya berani mengambil risiko tentang struktur kereta yang baru walaupun pada mulanya Raju takut perubahan idea itu akan membuatkan mereka kalah dalam pertandingan
10) Menerima sesuatu dengan hati yang terbuka
Farid yang pada mulanya tidak dapat menerima kekalahan dalam pertandingan Projek Reka Cipta & Inovasi, akhirnya akur akan takdir setelah dinasihati oleh ayahnya.