Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEPELBAGAIAN AGAMA : MENCARI TITIK PERTEMUAN (perbezaan muslim dan islam…
KEPELBAGAIAN AGAMA : MENCARI TITIK PERTEMUAN
perbezaan muslim dan islam
muslim ialah orang yang beragama islam. Menunjukkan orang yang menyerah diri atau tunduk kepada Allah swt. Seorang manusia yang telah menerima dan mengikrarakan Islam sebagai agamanya dengan mengucapkan kalimah syahadah. Artinya, orang ini percaya sudah menerima segala kewajiban-kewajiban dan hak-hak yang telah digariskan oleh Islam.
Islam adalah satu peraturan hidup dan agama praktikal berkaitan dengan kehidupan dunia dan akhirat. Bagi Islam, Allah telah menetapkan jalan yang perlu dilalui sebagai panduan kepada manusia dalam bentuk Syariah. Syariah adalah prinsip Islam yang paling tinggi, mengatur kehidupan harian Muslimin yang meliputi semua aspek kehidupan manusia daripada urusan ibadat sampai dengan ekonomi, pemerintahan dan kemasyarakatan. Nabi Muhammad SAW adalah rasul yang terakhir dalam rangkaian pesuruh Allah.
Perbezaan antara agama dengan penganutnya ialah agama merujuk kepada sistem kepercayaan dan keyakinan yang dianuti dan diamalkan oleh seseorang, manakala penganut bermaksud orang yang menganut sesuatu agama tersebut. Penganut ini pula ada yang sejak lahir telah menganut agama tersebut, tetapi ada juga yang menganut agama tersebut setelah mereka dewasa. Contohnya agama ialah Islam dan penganutnya dipanggil muslim
budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat
Budaya sesuatu tempat dapat mempengaruhi amalan agama sesuatu masyarakat contohnya apabila budaya disitu sudah menjadi sesuatu kebiasaan yang diamalkan, maka budaya tersebut akan diaplikasikan atau dimasukkan dengan elemen agama, contohnya seperti jika budaya rumah terbuka diadakan oleh kaum India atau kaum Cina.
Budaya dan agama merupakan dua perkara yang saling berkaitan antara satu sama lain. Budaya merupakan cara hidup, nilai dan struktur masyarakat yang diamalkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Manakala agama merupakan salah satu perkara yang digunakan atau dijadikan panduan dalam sesuatu budaya itu.
perbezaan hindu dan hinduisme
Hindu ialah sebuah agama yang tertua di dunia. Hindu sebenarnya bukan sebuah agama malah sebuah tradisi yang di kembangkan hampir 10,000 tahun oleh masyarakat India. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, Iaitu nama tempat tamadun kaum India bermula, penduduknya digelar sindhu dan lama kelamaan ia berubah menjadi Hindu.
Hinduisme (bahasa Sanskrit: Dharma Sanātana (abadi), juga dikenali sebagai Dharma Vaidika (Veda)) ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari benua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia, dan tidak dapat mengenal pasti pengasas-pengasasnya, atau dimana wujudnya agama tersebut atau bandar suci yang utama masih lagi menjadi tanda soal.
Hubungan antara agama dan etnik di Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik, terdiri daripada pelbagai etnik seperti melayu, cina dan india. Dengan adanya etnik ini, sudah pasti setiap etnik mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang tersendiri. Misalnya etnik Melayu dikaitkan dengan agama Islam, manakala etnik Cina dikaitkan dengan agama Buddha dan etnik India dengan pegangan agama Hindu. Dengan adanya agama, manusia akan memperoleh jawapan terhadap persoalan kehidupan yang sukar dijawab. Agama turut berfungsi dalam menyatukan individu dengan individu yang lain dalam usaha membangunkan ikatan sosial dalam kalangan sesuatu etnik.
Hubungan antara faktor politik dan agama di Malaysia
Faktor politik mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan agama. Setiap negara mempunyai sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi menguruskan urusan pentadbiran negara. Di Malaysia terdapat parti-parti politik yang mewakili pelbagai etnik bekerjasama bagi menjalankan pentadbiran negara serta membawa pembangunan. Politik dikaitkan dengan agama kerana bagi sesetengah negara, fungsi pemerintahan dijalankan melalui peranan agama. Agama menjadi sumber dalam membentuk nilai moral sesebuah masyarakat.
Definisi agama
• Merujuk kepada aspek kepercayaan kepada tuhan.
• Merupakan peraturan dan undang-undang yang sebagai panduan agar manusia boleh hidup dalam persekitran yang aman dan damai.
Peranan agama • Membina masyarakat yang bernilai murni dan bermoral. • Penyatuan : Manusia perlu hidup bermasyarakat. • Hukuman dan ganjaran yang dilaksanakan oleh agama terhadap manusia. • Memberikan semangat dan motivasi hidup.
Kewujudan Tamadun
Agama mendorong manusia untuk membina tamadun manusia. Pertumbuhan dan perkembangan tamadun dipengaruhi oleh perkembangan sesuatu agama Dapat dilihat dalam tamadun Barat yang dipengaruhi oleh agama (Kristian), Timur Tengah (Islam) dan tamadun Asia (Hindu-Buddha).
Agama-agama di Malaysia • Agama Islam • Agama Buddha • Agama Hindu • Agama Kristian • Agama Sikh
:star: Kefahaman dan tingkah laku beragama boleh memisah atau membina hubungan sesama penganut dalam sesuatu agama. :star:apabila dua insan membina rumah tangga bahagia dengan salah seorang meninggalkan agama dan menganut agama pilihan atas dasar cinta. :star: Nilai kesejagatan rakyat Malaysia iaitu keharmonian, kedamaian, kekayaan, kemuliaan dan kebaikan. Malaysia mempunyai empat agama besar dunia iaitu Islam, Buddha, Kristian dan Hindu serta agama lain. Mencipta suasana sosial yang harmoni dengan menghormati agama orang lain.