Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik (Sejarah penggubalan…
Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik
Definisi perlembagaan
Dokumen yang mengandungi peruntukan-peruntukan asas tertentu yang secara tersendiri mencerminkan pertimbangan suasana muhibah, penerimaannya yang murni dan kesefahaman antara rakyatnya. (mengikut pendapat Hashim (1983) ).
Dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sesebuah negara dan sistem politiknya.
Sumber kepada undang-undang dalam sesebuah negara.
Sejarah penggubalan perlembagaan
Pilihan Raya Umum ( 1955 )
Rombongan Merdeka ( 1956 )
Pilihan Raya Majlis Perbandaran ( 1951 )
Suruhanjaya Reid ( 1956 )
Sistem Ahli ( 1955 )
Perlembagaan Merdeka ( 1957 )
Persekutuan Tanah Melayu ( 1948 )
Perlembagaan Malaysia ( 1963 )
Malayan Union ( 1946 )
Sikap akomodatif yang wujud dalam kalangan pelbagai etnik semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan
Sanggup berkorban
Semua kaum dalam negara perlulah sanggup berkorban demi mempertahankan kepentingan negara.
Bertolak ansur
Semua kaum dalam negara perlulah bertolak ansur antara satu sama lain demi perpaduan nasional dan pembangunan negara.
Persefahaman antara kaum
Persefahaman antara kaum dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum demi perpaduan nasional.
Mewujudkan keputusan yang adil dan saksama
Dapat mengelakkan perselisihan faham melalui keputusan yang adil dan saksama / tidak berat sebelah.
Sentiasa berfikiran terbuka
Dapat menjamin kehidupan masyarakat yang lebih baik dan boleh membentuk masyarakat yang harmoni yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Keadilan untuk semua kaum
Mewujudkan keadilan untuk semua kaum demi perpaduan kaum dalam negara.
Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia
Islam sebagai agama rasmi manakala agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas dalam Persekutuan Malaysia.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi manakala bahasa lain boleh diamalkan secara bebas.
Kedudukan Raja-raja Melayu dalam sistem pemerintahan negara.
Kedudukan Istimewa orang-orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Peranan dan kepentingan unsur-unsur tradisi dan permuafakatan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
Peranan unsur-unsur tradisi dan permuafakatan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
Mewujudkan identiti Malaysia
Memupuk persefahaman ke arah perpaduan
Menstabilkan sistem politik negara.
Kepentingan unsur-unsur tradisi dan permuafakatan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
Menjamin keamanan negara
Dapat mengelakkan keadaan huru-hara dalam negara demi kepentingan dan kemakmuran negara.
Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
Perlembagaan menentukan corak pemerintahan pembahagian kuasa ntara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.
Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan pemilikan harta.
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
Dapat meningkatkan sistem pemerintahan dalam negara.
Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.
Dapat melindungi kepentingan kaum.
Dapat menjamin keadilan sosial antara kaum.
Dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.
Isu berkaitan Perkara 3 dan 153 dalam Perlembagaan Malaysia.
Isu berkaitan Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia.
Islam sebagai agama rasmi. Walaupun agama Islam dianggap sebagai agama rasmi, namum agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas dalam persekutuan Malaysia.
Isu berkaitan Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.
Kedudukan Istimewa orang-orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak istimewa ini meliputi penjawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, permit dan lesen perniagaan