Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN PELBAGAI PIHAK DALAM USAHA PENYATUPADUAN (KERAJAAN (Gagasan…
PERANAN PELBAGAI PIHAK DALAM USAHA PENYATUPADUAN
KERAJAAN
Gagasan 1Malaysia
Gagasan 1Malaysia merupakan satu konsep yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita sendiri bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di samping mewujudkan suasana yang aman dan makmur.
Konsep ini bertujuan melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi.
Contohnya, kerajaan mewujudkan pelbagai agensi untuk membantu usaha dan perancangan kerajaan dalam menyatukan masyarakat di Malaysia.
Dasar-dasar Kerajaan
Kerajaan memberi penekanan dalam bidang sosioekonomi Malaysia.
Hal ini kerana, dasar-dasar kerajaan telah mengawal segala tindak-tanduk dalam bidang sosioekonomi untuk tidak melanggar segala undang-undang negara.
Contohnya, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara dipupuk bersama.
Media massa
Media massa memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan informasi masa ini.
Mampu membentuk serta mempengaruhi mentaliti masyarakat hari ini dengan mudah dengan pelbagai artikel yang positif atau negatif.
Contohnya, penggunaan media sosial iaitu Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram dan pelbagai lagi.
MASYARAKAT
RUMAH TERBUKA
Amalan rumah terbuka disambut oleh setiap masyarakat seluruh Malaysia dan menjadi satu budaya sejak turun-temurun.
Hal ini memupuk semangat kejiranan antara pelbagai kaum untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat dalam perhubungan pelbagai kaum serta mengeratkan hubungan pelbagai etnik dan bangsa.
Contohnya, memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali antara satu sama lain dan budaya pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India.
RUKUN TETANGA
Pada dasarnya, rukun tetangga membolehkan penduduk mengawal sendiri keselamatan di kawasan kediaman masing- masing. Rukun tetangga ini diwajibkan kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 55 tahun.
Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Ianya juga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari.
Contohnya, Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Dengan adanya aktiviti rukun tetangga, hubingan antara jiran dapat diperkukuh. Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita.
AKTIVITI GOTONG ROYONG
Amalan gotong-royong merupakan satu amalan yang sering dilakukan terutamanya dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ia juga merupakan sebahagian daripada cara hidup atau adat resam dalam masyarakat khususnya apabila adanya kenduri perkahwinan, perayaan, mahupun sesuatu majlis.
Sekiranya amalan gotong royong ini dipupuk dalam kalangan masyarakat ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Bak kata pepatah Melayu; " berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".
Contohnya, Contoh kegiatan yang dapat dilakukan secara bergotong royong antaranya ialah membersihkan kawasan perumahan bersama jiran tetangga, kawasan sekolah bersama rakan-rakan, kawasan yang dilanda banjir, membaikpulih kawasan masjid, dan bergotong-royong membantu persiapan majlis perkahwinan.
BUKAN KERAJAAN
MAJLIS BELIA MALAYSIA
Majlis Belia Malysia ( MBM ) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang bergerak sebagai badan induk menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini.
Mengukuhkan prinsip sukarela dan demokratik dalam pergerakan belia.
Contohnya, menggalakkan penghormatan antarabangsa, persefahaman antara kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan belia.
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
( ABIM )
Pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili pergerakan belia Islam di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1971.
Cita-cita utama ABIM ialah menyumbang secara proaktif pembinaan masyarakat Islam yang mampu menjadi teras terhadap proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang utuh di dalam pelbagai aspek kehidupan.
Contohnya, mewujudkan perpaduan ummah dan memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum dalam rangka membina integrasi nasional.
JATI
JATI atau 'Jalur Tiga' merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang diasaskan dan diperjuangkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Mohd Ali setelah dipecat daripada partinya pada 8 Jan 2012.
Jati memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan Raja-raja Melayu di Malaysia.
Contohnya, antara isu yang dibangkitkan ialah Kristianisasi, parti PAS menjadi 'kuda tunggangan' DAP dan Anwarisme. Baginya, rakyat Malaysia mestilah menolak perjuangan Anwar Ibrahim dan sebarang perjuangan hak-hak asasi golongan gay, lesbian, homoseksualiti, transgender.