Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
**TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI (10.1 KURIKULUM - Kemahiran…
**TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI
10.1 KURIKULUM
- Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran kanak-kanak.
10.1.1 Penyesuaian Bahan dan Kandungan
(a) Kemahiran Mendengar
- Kanak-kanak boleh membezakan sesuatu bunyi dan memahami apa yang didengar.
(b) Kemahiran Bertutur
- Kanak-kanak dapat menyebut bunyi dan perkataan yang betul. Selain itu, kanak-kanak dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila.
(c) Kemahiran Membaca
- Kanak-kanak boleh mengucap apa yang tertulis dan bercetak. Di samping itu mereka boleh memahami makna perkataan ataupun ayat yang dibaca.
(d) Kemahiran Menulis
- Kanak-kanak dapat menguasai motor halus sehingga boleh menulis huruf dan perkataan serta dapat menulis ayat-ayat mudah.
10.1.2 Mempelbagaikan Penyampaian
Kaedah penyampaian mereka melalui memperluaskan dan memperkayakan kemahiran-kemahiran lisan kanak-kanak. Ini dapat dilaksanakan dengan mendedahkan serta memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri secara aktif di dalam pengalaman-pengalaman dan aktiviti-aktiviti bahasa.
Kemahiran bertutur dan mendengar dan seterusnya membaca dan menulis adalah berkait rapat dan akan berkembang dengan sempurna apabila kanak- kanak berpeluang menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti yang beraneka bentuk.
Aktiviti-aktiviti prasekolah yang berhubung dengan bahasa hendaklah dirancangkan supaya kanak-kanak berpeluang bertutur dengan bebas dan memberi kesempatan orang lain bertutur dengannya, serta membolehkan mereka merasa yakin tentang kemahiran bahasa mereka.
4 kaedah penyampaian
(a) Mendengar
- Kemahiran mendengar sangat penting kepada kanak-kanak. Pengalaman mendengar bunyi dan perkataan akan membantu kemahiran mendengar. Guru sebaiknya memberikan arahan kepada kanak-kanak supaya mengikuti arahan pertama, seterusnya dan akhir, supaya mereka mudah memahaminya.
(b) Bercakap
- Aktiviti pertuturan menggalakkan kanak-kanak menyebut perkataan dengan betul, menggunakan intonasi dan jeda yang tepat dan jelas di samping merangsang kebolehan membentuk ayat yang lengkap.
(c) Prabaca
- Aspek penyampaian perlulah melalui cara melihat kanak-kanak membaca. Penyampaian dengan cara pengenalan abjad menggunakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan dapat menggalakkan kanak-kanak membaca.
(d) Pratulis
- Kaedah penyampaian lebih tertumpu kepada bagaimana kanak-kanak menggunakan pensil dan peralatan menulis untuk menulis. Penggunaan buku latihan adalah satu kaedah penyampaian yang biasa dilakukan.
10.1.3 Menghubungkan Pelbagai Bidang
(a) Sains dan Matematik
Aktiviti matematik (rujuk Rajah 10.5) pula banyak boleh dilakukan berkenaan pengenalan konsep nombor. Apabila kanak-kanak didedahkan dengan pengalaman awal dalam mengenal nombor sama ada memadan simbol dengan objek, operasi nombor dan pengukuran masa dan wang, kanak-kanak akan cuba memerhati dan menyebutnya.
Melalui sains kanak-kanak didedahkan mengenai tubuh badan, alam sekitar, makanan dan kesihatan, keselamatan, bumi dan cakerawala dan benda-benda bukan hidup
(b) Kreativiti dan Estetika
memerlukan kanak-kanak untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan meneroka pelbagai bahan mewarna, melukis, membentuk dan mengetahui fungsinya.
(c) Fizikal, Kesihatan dan Keselamatan
Kanak-kanak diberi peluang untuk melakukan aktiviti pergerakan melalui permainan
(d) Pendidikan Islam dan Moral
dalam menyampaikan nilai-nilai murni, akhlak mulia dan penghayatan terhadap mencintai agama, bangsa dan negara.
(e) Sosio Emosi
Perkembangan sosio emosi kanak-kanak boleh dilakukan melalui pencapaian emosi yang positif.
10.2 PERSEKITARAN
10.2.1 Bayi dan Kanak-kanak Berjalan Bertatih-tatih
-
(a) Bunyi sebagai Bahasa
Bayi mendengar dan bergerak balas kepada bunyi bahasa. Di peringkat permulaannya, bayi mengeluarkan bunyi mereka sendiri. Bunyi membantu bayi untuk menyatakan keperluan dan melahirkan emosi mereka.
(b) Membaca kepada Bayi
- Buku boleh dibacakan dan hendaklah dibacakan kepada kanak-kanak dari sejak waktu dia lahir. Buku itu pula mestilah daripada jenis yang tahan kalau bayi mahu memegangnya
(c) Penggunaan Alat Bantu Mengajar
Apabila membaca buku kepada bayi, jika mahu seseorang bolehlah menggunakan prop seperti anak patung bersama dengan pembacaan itu.
10.2.2 Taska
(a) Unsur Kecindan
Ada lagi aspek-aspek kecindan atau jenaka yang sangat diminati oleh kanak- kanak pada peringkat ini. Thanak-kanak yang berusia tiga atau empat tahun suka kepada hiburan dan mentertawakan perkataan-perkataan tertentu.
(b) Permainan Luar Kelas
Fantasi dan imaginasi merupakan faktor utama dalam pemikiran kanak- kanak ini. Thanak-kanak taska suka melakukan aktiviti di luar kelas seperti bermain pondok-pondok dan melaksanakan peranan olok-olok dalam permainan mak-mak sebagai memenuhi keperluan ingin tahu mereka mengenai dunia sebenar.
10.2.3 Prasekolah
(a) Kelainan dan Perbezaan
Kanak-kanak mudah terpesona dengan sesuatu kelainan. Mereka dapat melihat perbezaan dan kelainan pada jantina, saiz, keadaan yang tidak sempurna, pada rumah dan sebagainya.
(b) Ruang Bacaan Luar Kelas
Ruang bacaan seharusnya lebih mencabar. Menyediakan peralatan aktiviti luar kelas bagi meningkatkan kefahaman dan merapatkan hubungan kanak-kanak mengenai persekitaran perlu diperbanyakkan.
(c) Ruang Bacaan dalam Kelas
Menyedari akan keperluan golongan kanak-kanak peringkat umur ini untuk mendapatkan jawapan kepada pertanyaan "mengapa" terhadap benda-benda yang ditanyakan, maka wajarlah kita mewujudkan ruang bacaan yang kreatif.
(
d) Sosialisasi Kanak-kanak
Terdapat kerjasama yang lebih dalam permainan di rumah dan di sekolah. Sebaliknya, pergaulan antara mereka yang berusia lima dan enam tahun dapat menampilkan kemahiran dan kebolehan yang luas.
(e) Isu-isu Semasa
Isu-isu yang menimbulkan masalah meninggalkan kesan yang buruk kepada kanak-kanak. Isu yang sama yang menimbulkan konflik kepada guru boleh menyeksa perasaan kanak-kanak.