(b) Muzik membangkitkan pergerakan fizikal, dan menenangkan badan dan minda.
(c) Muzik boleh mencetuskan kepintaran otak sementara merangsang pusat saraf yang dapat membentuk kecerdasan yang lebih tinggi.
(d) Sebahagian besar daripada kita belajar ABC dengan menyanyikan lagu ABC. Corak melodi dan corak irama muzik membantu memperkembangkan ingatan dan membuatkan kanak-kanak lebih mudah mengingati maklumat.
(e) Muzik ialah seni mendengar dan kanak-kanak kecil ialah pelajar pendengar (aural learners) yang baik.
(f) Aktiviti muzik melibatkan penyelarasan keseluruhan sistem badan. Badan mendorong untuk bergerak, otak memberi perhatian terhadap corak rekaan, telinga memperkenalkan komunikasi, suara bertindak balas pada bunyi serta koordinasi mata-tangan yang berkait dengan alat muzik yang dimainkan.
(g) Muzik ialah pengalaman kreatif yang melibatkan ungkapan perasaan, angin (mood) dan emosi. Selalunya kanak-kanak tidak pandai memilih perkataan untuk meluahkan perasaan dan memerlukan cara yang positif untuk meluahkan emosi mereka.
(h) Muzik boleh menggalakkan penghayatan budaya dan menjadi medium bagi lagu, puisi, dan tarian diturunkan daripada satu generasi ke generasi lain.
(i) Muzik ialah aktiviti sosial yang melibatkan penyertaan keluarga dan masyarakat. Melalui muzik, kanak-kanak menjadi gembira, seronok, ekspresi kreatif dan menunjukkan pelbagai respons emosi.
(j) Muzik mempunyai nilai terapeutik yang boleh meningkatkan perasaan terhadap nilai diri kanak-kanak