Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Topik 9 Gambaran Keseluruhan Kurikulum untuk Perkembangan Fizikal (9.2…
Topik 9 Gambaran Keseluruhan Kurikulum untuk Perkembangan Fizikal
9.1 MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR DAN HALUS
(a) Kemahiran motor kasar
: Keseimbangan kawalan dan kestabilan dari segi berlari, melompat, meloncat, memecut dan skip (skipping), dan kawalan fizikal seperti melontar, menendang dan menangkap.
(i) Lambat dalam pencapaian perkembangan tertentu seperti duduk, berjalan, berlari atau melompat.
(ii) Cara mereka berjalan agak kekok dan kelihatan sedikit janggal.
(iii) Mengelak daripada aktiviti fizikal.
(iv) Tidak bersedia untuk mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk tempoh masa yang panjang.
(v) Tidak mampu mengekalkan postur tegak apabila duduk.
(vi) Tidak dapat melaksanakan kemahiran yang sama seperti menangkap, menendang, melompat dan meloncat seperti rakan sebaya.
(vii) Kurang mahir dalam sukan berbanding rakan mereka.
(viii) Tidak boleh mengikuti dan menyudahkan arahan yang mengandungi pelbagai langkah.
(ix) Tidak dapat mengikuti langkah-langkah dalam satu proses. Contohnya, ketika diminta melangkah sebelah kaki ke hadapan sebelum melontar.
(x) Tidak mampu memanjat.
(xi) Mudah letih apabila melakukan aktiviti fizikal.
(xii) Mudah kehilangan kemahiran masing-masing apabila mereka berhenti mengamalkannya.
(xiii) Tidak mampu untuk terus meningkatkan kemahiran. Contohnya, menukar menggunakan bola berat/besar kepada bola yang lebih ringan/kecil.
(b) Kemahiran motor halus
: Kawalan otot kecil pada tangan dan pergelangan tangan yang membolehkan kanak-kanak untuk menjalankan kemahiran membantu diri dan mengendalikan objek seperti gunting dan alat tulis.
Memasukkan manik
Aktiviti motor halus
9.2 AKTIVITI FIZIKAL UNTUK KANAK-KANAK KECIL
(a) Menggunakan bola lembut yang besar untuk berlatih menangkap, memukul, melantun dan menendang.
(b) Aktiviti membaling boleh dimulakan dengan sesuatu yang kecil seperti beg kacang, bola tenis atau sepasang sarung kaki lama sudah memadai jika ruang adalah terhad.
(c) Bawa kanak-kanak ke tempat terbuka dan benarkan mereka untuk bermain buih sabun sambil mereka cuba menangkap buih tersebut dengan rakan mereka.
(d) Pasang muzik dan galakkan mereka menari untuk membiarkan mereka mengikut irama.
(e) Reka beberapa cara berjalan dan berlari yang kelakar bersama kanak-kanak. Misalnya berjalan seperti monyet, melompat seperti arnab dan mengepak seperti burung.
(f) Reka permainan yang melibatkan aktiviti bergolek, skip, melompat dan mengejar.
Aktiviti ringan ialah
:
(a) Berjalan;
(b) Berdiri;
(c) Bergerak-gerak
(d) Permainan yang kurang memerlukan tenaga.
Aktiviti bertenaga termasuk:
(a) Melompat di sekeliling;
(b) Berenang;
(c) Menari;
(d) Mendaki;
(e) Menunggang basikal;
(f) Bermain tali skip;
(g) Gimnastik; dan
(h) Bermain secara aktif seperti sorok-sorok.
9.3 PERKEMBANGAN PERSEPSI-MOTOR
- merujuk kepada keupayaan perkembangan kanak- kanak untuk berkomunikasi dengan persekitaran, iaitu apabila mereka menggabungkan penggunaan deria dengan kemahiran motor mereka.
(a) Kesedaran Tubuh Badan
- merujuk kepada kapasiti perkembangan kanak- kanak untuk memahami bahagian-bahagian badan, keupayaan setiap bahagian badan, dan bagaimana untuk menjadikan badan lebih efisyen dan produktif.
(b) Kesedaran Ruang
- merujuk kepada pengetahuan mengenai berapa banyak ruang yang badan anda kuasai dan bagaimana untuk mengawal badan seseorang di dalam ruang tersebut.
(c) Kesedaran Arah-
merangkumi pemahaman mengenai lokasi, arah pergerakan badan di dalam ruang kosong, membezakan antara atas dan bawah, tinggi dan rendah, depan dan belakang atau kiri dan kanan.
(d) Kesedaran tentang Batas Masa- merujuk kepada perkembangan kesedaran antara pergerakan dan masa yang melibatkan irama dan urutan dalam siri peristiwa
9.3.1 Cara untuk Meningkatkan Kemahiran Motor
(a) Projek Seni
Dengan melakukan projek seni seperti membuat lakaran, mewarnakan sesuatu atau melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka.
(b) Bermain Tanah Liat
Sediakan tanah liat atau plastisin dan benarkan kanak-kanak membentuk arca haiwan atau apa sahaja objek yang mereka ingin. Menekan dan membentuk tanah liat dalam bentuk yang berbeza dapat menguatkan otot tangan, jari dan pergelangan tangan mereka.
(c) Menulis, Melukis dan Memotong
Berikan motivasi kepada kanak-kanak untuk menulis. Walau bagaimanapun, sebelum mereka boleh menulis, tunjukkan mereka cara memegang dan mencengkam pensel dengan betul untuk membentuk huruf.
9.4 KESIHATAN DAN PEMAKANAN KANAK-KANAK
- Kesihatan fizikal dan mental, dan pemakanan yang betul perlu dipupuk pada setiap peringkat awal kanak-kanak. Kesihatan yang baik, amalan pemakanan yang betul dan keselamatan menyediakan asas yang kukuh untuk perkembangan kanak-kanak kecil.
9.4.1 Makanan Berkhasiat untuk Kanak-kanak
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Roti dan bijirin
Protein
Tenusu
9.4.2 Obesiti Zaman Kanak-kanak
(a) Pengiklanan makanan tidak sihat secara terbuka mengandungi jumlah kalori kandungan gula, garam dan bahan kurang berkhasiat yang tinggi diiklan dan dipasarkan melalui media yang menggunakan kanak-kanak dan remaja sebagai sasaran.
(b) Peraturan prasekolah berbeza dengan sekolah lain bergantung kepada lokasi sekolah itu dibina. Sesetengah prasekolah mempunyai ruang mencukupi untuk aktiviti fizikal dan sesetengah prasekolah hanya mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan buaian kecil atau gelongsor sahaja.
(c) Akses yang terhad untuk mendapatkan makanan yang sihat dan mampu dibeli
(d) Makanan bertenaga tinggi dan minuman manis mendatangkan risiko peningkatan berat badan yang berlebihan semasa zaman kanak-kanak.
(e) Meningkatkan saiz hidangan bagi makanan yang kurang sihat di restoran makanan segera dan kedai runcit menggalakkan kanak-kanak untuk makan secara berlebihan.
(f) Kurang mendapat susuan susu ibu semasa kanak-kanak masih bayi.
Risiko untuk menghadapi penyakit
(a) Diabetes jenis II;
(b) Tekanan darah tinggi;
(c) Kolesterol yang tinggi;
(d) Masalah tulang dan sendi;
(e) Asma;
(f) Gelisah atau sukar tidur;
(g) Penyakit hati dan pundi hempedu; dan
(h) Kemurungan dan estim diri yang rendah.