Istilah 'tamadun' sesuai digambarkan dengan istilah civilization dalam Bahasa Inggeris. Civilization berasal daripada Latin; civilis (sivil), civis (penduduk) dan civitas (bandar) yang merangkumi maksud berkaitan dengan sifat kemasyarakatan manusia yang positif, berunsur kebandaran, sopan santun, kerakyatan, sivil dan sivik (Sullivan, 2009).