Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 7 BONEKA (7.1 Perancangan Boneka untuk Kanak-Kanak (7.1.3 Membuat…
TOPIK 7 BONEKA
7.1 Perancangan Boneka untuk Kanak-Kanak
a) Boneka sebagai alat bantu mengajar
Boneka dapat menarik perhatian kanak-kanak terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru dalam aktiviti pengajaran.
Digunakan untuk set induksi, langkah pengajaran dan pembelajaran atau sebagai aktiviti lanjutan dalam rancangan mengajar.
b) Bercerita bersama boneka
digunakan untuk melakonkan watak- watak dalam cerita.
Kanak-kanak digalakkan bercerita semula dengan menggunakan boneka yang sedia ada atau membuat boneka yang ringkas dan mudah untuk watak-watak dalam cerita yang dipilih.
menggalakkan kanak-kanak membaca dialog dalam text dan membincangkan unsur-unsur moral dalam buku cerita yang dipilih.
c) Persembahan boneka
Guru perlu menyediakan skrip sama ada mereka cerita baru atau mengubahsuai cerita daripada buku cerita. Guru sediakan boneka berdasarkan skrip yang dipilih. Guru digalakkan membimbing kanak-kanak membuat boneka yang ringkas untuk membuat persembahan.
7.1.1 Jenis Boneka & Pentas
a) Jenis Boneka
a) Boneka sarung tangan
Digeraklakonkan dengan memasukkan tangan menerusi bahagian bawah ke dalam sarung tangan. Tumpuan utama adalah pergerakan mulut atau kepala. Dimainkan dengan menggunakan jari. Kecil dan digeraklakonkan dengan jari iaitu boneka disarung ke jari atau dilukis.
b) Boneka berbatang
Konsep wayang kulit tetapi ia berbentuk tiga dimensi. Ia berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. batang yang dipegang oleh pemain boneka untuk menggerak lakonkannya sama ada di bahagian tubuh atau tangannya.
c) Boneka bertali
Boneka bersendi yang dikendalikan dengan menggunakan tali atau benang daripada bahagian atas boneka. Tali-tali diikatkan pada anak-anakan dan kayu kawalan yang biasanya bersilang dipegang oleh pemain boneka. Pemain boneka perlu menguasai kemahiran yang tinggi untuk menggeraklakonkannya. Dianggap paling sukar dikendalikan kerana ia memerlukan kemahiran dan latihan yang rapi.
d) Boneka wayang
Dikenalikan sebagai wayang kulit ialah satu seni persembahan tradisional Malaysia. badannya rata dan berbentuk dua dimensi yang diperbuat daripada kulit, kadbod, kertas tebal, plastik atau berlulang yang disediakan khas. perlukan kain layar yang lutsinar. Boneka dimainkan dibelakang layar dan hanya bayang- bayangnya yang boleh dilihat oleh penonton.
b) Jenis Pentas
a) Pentas tirai
dibuat dengan menggunakan tiang atau tali
b) Pentas Meja
meja boleh disusun mengikut saiz pentas yang dikehendaki, Kain, tirai atau kertas berwarna gelap boleh ditutup pada bahagian hadapan meja.
c) Pentas papan tulis
diletakkan di bahagian depan dan bahagian belakangnya disokong dengan sebuah meja
d) Pentas berlipat
boleh dibuat daripada kotak tebal yang disambung dan dilipat, atau disusun daripada papan flannel
7.1.2 Bahan dan Peralatan
(a) Gunting;
(b) Pisau;
(c) Pensel;
(d) Pelekat;
(e) Penebuk lubang;
(f) Glue/gam;
(g) Kadbod;
(h) Kad tebal;
(i) Sarung kaki;
(j) Benang kasar;
(k) Getah ikat rambut;
(l) Butang;
(m) Kayu
(n) Span.
7.1.3 Membuat Boneka
7.2 Perancangan Persembahan Boneka
Persembahan Boneka- satu cara yang berkesan untuk melahirkan ekspresi seni serta berkomunikasi dengan kanak-kanak. Ia mencetus kreativiti dan imaginasi kanak-kanak dan turut berfungsi sebagai alat hiburan dan pelajaran.
Dilaksanakan dalam 3 situasi
• Guru sebagai pemain boneka;
• Murid-murid sebagai pemain boneka; dan
• Gabungan guru dan murid-murid dalam suatu persembahan.
(a) Persediaan Guru - guru mesti melakukan pelbagai persediaan. Sediakan bahan-bahan dan peralatan untuk membuat boneka, menentukan jenis-jenis boneka yang hendak digunakan dalam persembahan, mengajar kanak-kanak membuat boneka, menyediakan cerita yang sesuai untuk kanak-kanak dan menyediakan pentas boneka untuk persembahan. perlu fikiran keupayaan kanak-kanak di dalam bilik darjah kerana keupayaan setiap kanak-kanak berbeza-beza. guru perlu merancang persembahan boneka yang sesuai untuk semua kanak-kanak supaya tidak ada kanak-kanak yang rasa mereka telah dipinggirkan oleh guru.
Aktiviti lisan seperti perbincangan dan soal jawab perlu dirancang selepas persembahan.
(b) Persediaan Murid - Perlu membawa bahan-bahan atau peralatan untuk membuat boneka dan pentas boneka seperti kotak-kotak, sarung kaki dan kain-kain lama. Murid-murid harus bersedia mengingati atau menghafal dialog yang ringkas dalam persembahan boneka dan bekerjsama dengan rakan-rakan lain untuk melakasanakan sesbuah persembahan boneka dengan jayanya.
7.2.1 Susun Atur Kelas
(a) Persekitaran Bilik Darjah
(b) Pemilihan Pentas
(c) Kedudukan Murid
7.2.2 Perancangan Aktiviti Pementasan
a) Sebelum persembahan
(i) Memilih cerita atau menulis skrip untuk persembahan boneka.
(ii) Kumpul boneka yang sedia ada atau membuat boneka mengikut watak-watak yang tersenarai dalam cerita yang dipilih atau skrip yang ditulis.
(iii) Mengarang dialog yang mudah dan sesuai dengan peringkat kanak- kanak di prasekolah.
(iv) Menentukan bilangan pemain boneka.
(v) Membaca atau menghafal dialog.
(vi) Penyediaan pentas, props, latar belakang, efek bunyi dan pencahayaan pentas.
b) Semasa persembahan
Pemain boneka yang terlibat dalam persembahan boneka melafazkan dialog yang telah dihafal sebelum persembahan.
Semasa persembahan, kanak-kanak dapat menggunakan kemahiran seperti mendengar, bertutur dan berlakon.
(c) Selepas Persembahan
Melaksanakan aktiviti perbincangan dan bersoal jawab tentang cerita yang dipersembahkan. Kanak-kanak digalakkan bercerita semula atau menyambungkan cerita yang telah dipersembahkan.