Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SISTEM PENDIDIKAN (Laporan Barnes (1950) (:fountain_pen: Dua jenis sistem…
SISTEM PENDIDIKAN
Laporan Barnes (1950)
:fountain_pen: Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan
:fountain_pen: Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.
:fountain_pen: Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
:fountain_pen: Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di Sekolah Melayu.
:fountain_pen: Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
:fountain_pen: Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
Ordinan Pelajaran (1952)
:memo: Ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Laporan Fen-Wu (1951).
:memo: Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
:memo: Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.
:memo: Walau bagaimanapun , Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku darurat dan juga sebab kekurangan wang.
Penyata Razak (1956)
:pencil2: Keempat-empat sistem persekolahan dalam peringkat sekolah rendah akan terus diadakan, kurikulumnya akan dipinda dengan menyerapkan unsur-unsur kebangsaan ke dalamnya.
:pencil2: Sistem persekolahan akan dipinda kepada 2 kategori iaitu Sekolah Umum dan Sekolah Jenis Umum.
:pencil2: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan menjadi matapelajaran wajib bagi semua sekolah.
:pencil2:Murid-murid Cina dan India boleh mempelajari bahasa ibunda mereka di Sekolah Jenis Umum (aliran Inggeris).
:pencil2: Satu sukatan pelajaran yang sama harus digubal bagi semua sekolah rendah.
:pencil2: Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.
:pencil2: Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
:pencil2: Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan.
:pencil2: Bagi sekolah jenis kebangsaan, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina menjadi bahasa pengantar.
Laporan Fen-Wu (1951)
:pen: Sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
:pen: Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan.
:pen: Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu / Malaysia.