Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 5 Memperkenalkan Matematik kepada Pelajar Kanak-kanak (5.1 NOMBOR (5…
TOPIK 5 Memperkenalkan Matematik kepada Pelajar Kanak-kanak
5.1 NOMBOR
kanak-kanak mula memahami konsep nombor pada umur yang sangat muda. Pada usia tiga tahun, kanak-kanak mula memahami bahawa nombor satu adalah angka terkecil dan nombor berikutnya adalah lebih besar.
mereka mencecah umur lima tahun, mereka sepatutnya sudah pun menguasai konsep nombor asas sehingga nombor sembilan (Murray dan Mayer, 1988).
kanak-kanak diperkenalkan pada cara untuk mengira ke hadapan dan belakang, mengira nombor berkelompok seperti 2, 5, 10 dan sebagainya serta mengenal nombor sehingga 100 (Charlesworth, 2000).
Perkara penting yang anda perlu tahu ialah kanak-kanak harus belajar konsep bentuk sebelum mempelajari nombor.
kanak-kanak diperkenalkan pada konsep nombor dari nombor satu hingga nombor lima. Aktiviti yang dijalankan melibatkan kanak-kanak mengira objek dari satu hingga lima dan padankan simbol satu hingga lima dengan objek.
Apabila kanak-kanak telah menguasai konsep nombor satu hingga lima, guru boleh mengajar nombor enam hingga sepuluh. Di samping mengira nombor satu hingga sepuluh, kanak-kanak juga boleh memadankan simbol satu hingga sepuluh dengan objek dan memadankan objek dengan simbol satu hingga sepuluh serta mengira dari urutan sepuluh hingga satu.
Anda boleh teruskan dengan nombor sepuluh hingga 20. Selain daripada memberikan aktiviti seperti padankan objek dengan simbol dan mengira sepuluh hingga 20, ini juga adalah latihan bagi kanak-kanak untuk memahami konsep nombor.
Akhir sekali, kanak-kanak diperkenalkan kepada konsep nombor dalam siri – 20, 30, 40 dan 50.
5.1.1 Peralatan dan Bahan
(a) Kad nombor 0–9
(b) Objek bersaiz kecil
(c) Nombor blok.
5.1.2 Merancang Aktiviti
(a) Konsep Kelas Terbuka
(b) Mengira dengan Tujuan
mengetahui berapa banyak dilakukan dalam tiga konteks ketika di tahap awal memperkenalkan matematik: penyediaan, pemeriksaan dan perbandingan.
(c) Nombor dalam Thehidupan Seharian
(d) Permainan dengan Nombor
5.2 KLASIFIKASI
pada objek yang mempunyai warna, bentuk, saiz dan lain- lain lagi. Ini adalah satu proses yang penting bagi memperkenalkan konsep nombor kepada kanak-kanak
5.2.1 Bahan dan Peralatan
Haiwan plastik
Perkakas memasak plastik
Buah-buahan plastik
5.2.2 Merancang Aktiviti
(a) Mengasingkan bahan di dalam kelas berdasarkan kategori
(b) Menyediakan permainan yang mempunyai pelbagai saiz dan bentuk yang boleh dimanipulasikan dan membimbing kanak-kanak untuk mengumpul berdasarkan persamaan dan perbezaan objek
(c) Menyediakan bahan seperti butang, manik dan batu kecil. Kanak-kanak diminta mengasingkan bahan tersebut berdasarkan kumpulan
(d) Kanak-kanak diminta berkumpul berdasarkan minat dan kesukaan, mengikut jenis pakaian atau panjang ukuran rambut
(e) Menggunakan bahan yang boleh dijumpai di dalam kelas seperti blok, manik berwarna-warni atau makanan plastik.
5.3 CORAK
5.3.1 Bahan dan Peralatan
(a) Objek sebenar
(b) Diri mereka sendiri
(c) Kad bercorak
5.3.2 Mengatur Aktiviti
(a) Objek Sebenar
(b) Corak dengan Rajah Manusia
(c) Kad Bercorak
5.4 KEMAHIRAN SERIASI DAN TURUTAN
Seriasi melibatkan keupayaan kanak-kanak untuk meletakkan dua atau lebih objek atau menetapkan set yang mengandungi dua jenis objek dalam turutan
Kaedah biasa adalah untuk mengatur objek secara turutan mengikut saiz
Apabila kanak-kanak dapat memahami dan menguasai tahap turutan, anda boleh menukar aktiviti kepada dimensi yang lebih kompleks seperti warna
Jika seriasi mempunyai dua set objek, ini dipanggil seriasi berganda atau turutan
Corak seriasi boleh diubah tetapi perlu ada sistem
seriasi adalah konsep asas dalam sistem nombor
konsep yang sukar ialah penggunaan tali untuk mengukur bahan yang panjang.
5.4.1 Peralatan dan Bahan
(a) Butang, mesin pemberat;
(b) Saiz bekas plastik yang berbeza; dan
(c) Kotak yang mengandungi:
(i) Kunci;
(ii) Cengkerang;
(iii) Batu;
(iv) Manik;
(v) Penutup botol
(vi) Subang.
bahan yang boleh dibeli
(a) Silinder Montessori;
(b) Jubin berwarna
(c) Kad bergambar yang boleh disusun.
bilik darjah
(a) Stokin dengan pelbagai saiz
(b) Blok berwarna;
(c) Kotak yang mengandungi kunci, butang besar, penutup botol;
(d) Buah-buahan plastik
(e) Minuman bertin.
5.4.2 Menguruskan Aktiviti
Dapur adalah tempat yang sesuai untuk memperkenalkan konsep seriasi.
Selain dapur, buku dengan gambar juga boleh digunakan untuk memperkenalkan konsep seriasi. Contohnya, gambar yang menunjukkan perkembangan bayi daripada kecil sehingga dewasa