Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 4 AKTIVITI KOGNITIF (4.2 BLOK (4.2.2 Merancang Aktiviti (Pertama,…
TOPIK 4 AKTIVITI KOGNITIF
4.1 BERMAIN DENGAN PASIR DAN AIR
Air dan pasir dilihat sebagai medium yang kompleks. Air dan pasir digunakan dalam pengajaran matematik untuk membolehkan kanak-kanak memahami konsep kuantiti, ukuran dan jumlah. Ia juga menggabungkan konsep rendaman dan permukaan untuk pengkelasan. Kemahiran lain seperti kemahiran sosial, bahasa, emosi dan kerjasama juga boleh dimasukkan dalam aktiviti yang melibatkan air dan pasir.
4.1.1 Konsep Ruang
Konsep ruang diperkenalkan dalam semua aktiviti pada peringkat prasekolah dan didedahkan pada peringkat awal supaya kanak-kanak akan memahami batasan dalam lingkungan yang tertutup. Konsep penting dalam matematik di mana kanak-kanak perlu memahami konsep ini untuk menguasai kemahiran seriasi termasuklah memadankan satu objek dengan yang lain secara logik.konsep perhubungan
(a) Di hadapan atau belakang;
(b) Di atas atau bawah;
(c) Di tepi, sebelah, tengah-tengah dan lain-lain; dan
(d) Di luar, di dalam.
Konsep perhubungan
(a) Menyatakan jarak antara dua objek;
(b) Membina sambungan antara dua objek
(c) Nyatakan mengapa sambungan telah dipilih.
Tahap yang lebih kompleks iaitu pembinaan ruang tertutup seperti:
(a) Mengukur lebar ruang tertutup;
(b) Membina ruang tertutup yang lengkap
(c) Menyatakan sebab bagi pembinaan saiz ruang tertutup.
kanak-kanak diajar kemahiran membina corak
(a) Mengenal pasti corak
(b) Merombak dan menyusun corak untuk mereka bentuk yang baru
(c) Menyatakan sebab bagi corak yang baru.
4.1.2 Bahan dan Peralatan
(a) Pasir
Bahan yang penting dan berguna dan lebih menarik apabila digunakan dengan bahan lain seperti penyodok dan bekas plastik.
(b) Air
menjadi elemen menarik dalam permainan kanak-kanak menjadi menarik apabila ia melibatkan peralatan lain. Ini menyebabkan kanak-kanak seronok bermain air.
4.2 BLOK
peralatan pendidikan yang berguna yang boleh kanak-kanak gunakan untuk bermain sendirian.
4.2.1 Bahan dan Peralatan
(a) Satu set blok kayu dengan pelbagai bentuk
Lengkung, bujur, elips, bulat, segi tiga, silinder, segi empat sama, satu unit, dua kali ganda unit, empat kali ganda unit, tiang, setengah tiang, suis dan separuh.
(b) Satu set blok 750 keping boleh digunakan oleh 18 hingga 20 kanak-kanak.
(d) Blok Meja
Kiub kayu antara 50 hingga 100 koleksi blok.
(c) Blok Lohong
Blok besar yang boleh menyusun blok lain di atasnya. Satu set blok terdiri daripada pelbagai bentuk – blok segi empat sama, dua persegi, setengah persegi, pendek dan panjang. Anda seharusnya ada 60 hingga 80 keping blok lohong di dalam kelas anda
(e) Blok Bersaiz Besar
Blok bersaiz besar tetapi ringan. Blok ini sesuai untuk kanak-kanak antara umur 2 hingga 3.
(f) Blok Acuan
Blok ini adalah ringan, besar dan dibuat daripada plastik. Satu set 50 blok akan mencukupi.
(g) Blok Percantuman - Lego dan Duplo. Kepingan blok terdapat dalam saiz besar dan kecil.
(h) Blok Magnet
Blok plastik ini mempunyai kepingan magnet yang dilampirkan padanya. Set ini datang dalam pelbagai bentuk dan warna.
4.2.2 Merancang Aktiviti
Pertama, sediakan beberapa blok yang boleh digunakan pada bila-bila masa.
Pastikan blok berada di rak yang lebih rendah atau aturkan blok di dalam bekas.
Proses menyimpan blok akan mengambil masa dan ini akan mengurangkan minat pembelajaran kanak-kanak
kotak mainan yang menyimpan lori, kereta dan anak patung diletakkan di sebelah bekas blok.
Lebih prihatin tentang perkara ini dan menggalakkan mereka untuk membina pelbagai jenis bangunan.
Menggalakkan kanak-kanak bermain dan membina sesuatu yang berdasarkan pelajaran yang diajar dalam kelas
Kanak-kanak dibenarkan untuk membina apa sahaja yang mereka suka tetapi mereka tidak boleh mengganggu idea kanak-kanak lain.
Tidak membenarkan mereka menggunakan blok sebagai pistol
membina apa sahaja yang mereka lihat di sekeliling mereka atau apa yang dilihat di televisyen.
menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita tentang apa yang mereka bina.
4.2.3 Blok bagi Budak Lelaki dan Perempuan
Budak lelaki lebih berminat dalam pembinaan blok berbanding dengan budak perempuan
budak lelaki yang akan bergegas ke rak untuk mendapatkan blok dan menyebabkan budak perempuan kurang berminat untuk bermain blok.
Guru, penjaga, nurseri atau pengetua tadika harus memastikan aktiviti pembinaan blok dimasukkan dalam kurikulum mereka