Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MASALAH MENDAPAT KREDIT OLEH PEMINJAM (Prosedur Memberi Kredit (Peminjam…
MASALAH MENDAPAT KREDIT OLEH PEMINJAM
Masalah Cagaran
Cagaran yang diterima oleh institusi kewangan termasuklah geran rumah, sijil simpanan tetap, geran tanah atau saham
Peminjam yang ingin mendapat pinjaman perlu menyediakan cagaran kepada institusi kewangan apabila membuat pinjaman bercagar.
Sekiranya peminjam yang ingin mendapat pinjaman gagal mengemukakan cagaran ini, maka institusi kewangan tidak berminat untuk menawarkan pinjaman bercagar ini kepadanya
Ini akan menyusahkan peminjam yang ingin mendapat pinjaman untuk tujuan memulakan perniagaan atau mendapat pembiayaan untuk membeli hartanah
Status sosioekonomi mereka tidak akan meningkat kerana institusi kewangan tidak berminat memberi pinjaman kredit kepada mereka atas sebab gagal mengemukakan cagaran
Penyediaan Kertas Kerja
Dokumen tersebut mengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta perancangan terperinci mengenai asperk pemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan kewangan perniagaan
Rancangan perniagaan merupakan satu alat perhubungan bagi seseorang usahawan untuk menjelaskan sesuatu projek yang ingin dijalankan kepada pihak institusi kewangan
Kertas kerja merupakan dokumen bertulis berkaitan dengan perniagaan yang menerangkan perkara berkenaan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan
Rancangan perniagaan ini dapat menyakinkan pihak institusi kewangan untuk membantu menjayakan projeknya
Peminjam yang ingin mendapatkan pinjaman perlu mengemukakan kertas kerja kepada institusi kewangan apabila ingin membuat pinjaman kredit
Ramai peminjam tidak dapat mengemukakan kertas kerja yang dapat menyakinkan institusi kewangan kerana gagal mendokumenkan kertas kerjanya
Prosedur Memberi Kredit
Peminjam yang ingin mendapatkan pinjaman perlu mengemukakan dokumen pendapatan (contoh : slip gaji dan penyata pendapatan)dan beban hutang serta simpanan utk penilaian institusi kewangan
Institusi kewangan akan menyemak dan memastikan bakal peminjam mempunyai sejarah kredit yg baik sebelum pinjaman diberi
Sejarah kredit bermaksud trek pembayaran peminjam dgn mana-mana institusi kewangan yg pernah dipinjam
Institusi kewanagan juga membuat penarafan kredit utk menilai keupayaan bagi mengendalikan beban kewangan kredit pada suatu masa tertentu demi memastikan bakal peminjam mampu membayar balik ansuran bulanan
Beban hutang bakal peminjam yg terlalu tinggi berbanding pendapatannya, maka institusi kewangan tdk akan memberi pinjaman
Institusi kewangan memerlukan bakal peminjam yg mempunyai pendapatan tetap
Ini merumitkan dan menyusahkan peminjam
Membayar Balik Kredit
Peminjam perlu mempunyai bukti pendapatan yg dpt menyakinkan institusi kewangan utk memberi pinjaman
Institusi kewangan tdk akan menawarkan pinjaman apabila dokumen yg dikemukakan oleh peminjam tdk dpt menyakinkannya bahawa peminjam tdk dpt membayar balik pinjaman mengikut amaun yg ditetapkan
Institusi kewangan akan menilai melalui dokumen yg dikemukakan utk menentukan kemampuan bakal peminjam membuat bayaran balik pinjaman