Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PUNCA-PUNCA KELAINAN UPAYA (MASALAH METABOLISME (Metabolisme adalah proses…
PUNCA-PUNCA KELAINAN UPAYA
GENETIK
Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Mohd Israfi dan Ameruddin
mendapat kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan
Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar keatas perkembangan individu.
MASALAH METABOLISME
Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga.
Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing
Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahun dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2000 kalori sehari.
Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah lebih rendah.
JANGKITAN PRANATAL, PERINATAL DAN PASCA NATAL
Semasa berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang boleh menjejaskan seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadi masalah pada peringkat pranatal (sebelum kelahiran), peringkat perinatal ( semasa kelahiran) dan peringkat pasca natal (selepas kelahiran bayi).
Baka ini disebabkan di dalam kromosom yang menyebabkan Sindrom Down ataupun Mongoloid
Kurang zat makanan sewaktu proses mengandung.
Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia memberikan kesan kepada kesihatan.
FAKTOR PERSEKITARAN
Kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan perkembangan fizikal dan mental.
Kebanyakan saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan sekeliling
KEMALANGAN
Kanak-kanak perlu dijaga untuk mengelakkan diri daripada berlakunya kemalangan terutama di bahagian kepala.
Permainan kanak-kanak yang berbahaya seperti kasut roda tidak berapa digalakkan kerana kanak-kanak mudah terjatuh.
TRAUMA
Trauma merujuk pada gangguan yang serius dalam cara seseorang memandang dirinya dan dunia sekitarnya
Trauma berkaitan erat dengan pengalaman yang dilalui seseorang yang bersifat negatif.
Trauma yang terjadi mungkin akan terus membayang selama hidup jika individu tersebut tidak membuat rawatan.