Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEBERKESANAN TEKNIK MEMBACA SQ3R DALAM PENGAJARAN KEFAHAMAN MEMBACA DI…
KEBERKESANAN TEKNIK MEMBACA SQ3R DALAM PENGAJARAN KEFAHAMAN
MEMBACA DI SEKOLAH MENENGAH
STRATEGI MEMBACA SQ3R
membolehkan pelajar untuk mendapatkan maklumat daripada teks, memahami maklumat, dapat mengingati maklumat lebih lama, dan dapat menggunakan semula maklumat yang disimpan dalam mental
pelajar perlu mengetahui dan melatih diri membaca dengan betul berdasarkan kaedah-kaedah pembacaan ada. kaedah pembacaan yang tidak betul akan menyebabkan pelajar berasa cepat bosan, kurang berminat dan cepat berasa mengantuk.
Robinson menetapkan terdapat 5 cara
Survey ( tinjauan )
langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca.
Question (Soal atau tanya)
langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya.
read (baca)
peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini.
Recite (Sebut atau imbas kembali)
setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh
review (semak atau baca semula)
pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuat di langkah ketiga iaitu membaca
OBJEKTIF KAJIAN
keberkesanan kajian ini dapat :
Menentukan sejauh mana pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik membaca SQ3R memberi kesan kepada pencapaian kefahaman membaca pelajar tingkatan satu.
Melihat perubahan sikap pelajar terhadap kefahaman membaca pelajar yang mengikut teknik SQ3R
Melihat perhubungan antara pencapaian dan sikap pelajar terhadap kefahaman membaca menggunakan teknik SQ3R