Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MADRASAH (HADIS MADINAH (SEBAB TERSEBAR (a. - banyak terpengaruh / terikut…
MADRASAH
HADIS MADINAH
DEFINISI : Kalangan mujtahid dan mufti yang menitikberatkan usaha memelihara hadis disamping meriwayatkannya. Mereka menggunakan nas-nas zahir untuk menetapkan hukum, sekaligus cuba mengelak daripada menggunakan al-Qiyas & al-Ihtisan selagi terdapat Hadis& Athar biarpun khabar Ahad perawi tunggal.
Faktor mempunyai istinbat hukum daripada dalil tafsili, khususnya ketika ketiadaan nas yang menjelaskan hukum:
1) :warning: berpegang dengan zahir nas & lafaz-lafaz zahir, tidak buka ruang untuk menggunakan al-Ra'yi
:warning: tidak menggunakan pendapat mereka kecuali dalam keadaan terdesak : :explode:tidak menemui hadis &athar untuk sandaran
2) :warning: istinbat hukum berpecah, ahli hadis banyak berpegang dan menghukum berpandukan hadis serta athar, biarpun tidak sampai taraf riwayat masyhur.
:warning: cuba berpegang & mengambil segala fatwa sahabat untuk berhujah
:pencil2: (alasan) para sahabat tidak berfatwa / tidak menghukum melainkan dngan apa yang diambil daripada hadis juga amalan Baginda
ASAL USUL
- mempunyai kaitan dengan para sahabat yang menetap di bumi Hijaz, khususnya Madinah & Mekah.
- pendokong : Zaid ibn Thabit, Aisyah binti Abu BAkar, Abdulah ibn Umar, al-zubair juga al-abbas
- Zaid ibn Thabit yang menonjol - bukti : Abdullah ibn Umar al Khattab & sahabat lain pernah berfatwa berdasarkan mazhab fiqh Zaid ibn Thabit dalam permasalahan yang mereka tidak menemui nas mengenainya, samada di dalam al-Quran/ Hadis
SEBAB TERSEBAR
a. - banyak terpengaruh / terikut dengan kaedah yang dilalui oleh para guru /syeikh mereka daripada kalangan sahabat utama juga sahabat alirannya. Mereka itu majoritinya menetap serta berada di Hijaz, seperti : Abdullah ibn Umar al-Khattab
b.
- ahli fiqh & penduduk Hijaz berpengalaman luas dengan memiliki perbendaharaan hadis. Mereka banyak menghafaz fatwa Baginda s.a.w , athar serta fatwa para sahabat utama. selain itu Hijaz merupakan tempat tinggal Baginda, sekumpulan besar perawi & penghafaz hadis
- mereka tidak perlu memberi fatwa menggunakan al-Ray'yi. jarang sekali kes yang mereka tidak dapat istinbat hukum tanpa menemui penjelasan nas/athar terlalu sedikit berbanding wilayah lain, seperti : Mesir & Iraq yang jauh daripada pusat hadis & athur
c.
- penduduk Hijaz masih tinggal dari segi tamadun berbanding wilyah luar : Iraq. Suasana tidak memerlukan kepada melaksanakan 'Ilal al-Ahkam atau mentafsirkan nas.
- lebih sesuai direalisasikan oleh penduduk Iraq. khasnya mereka berkemampuan untuk membuat andaian hukum kemudiannya mempraktikannya terhadap hukum yang juz'i atau pecahan
AL-RA'YI KUFAH
DEFINISI :
- Ilmu yang dicapai mengenai sesuatu menerusi kaedah zann / tidak pasti.
- Ahli Ra'yi : banyak menggunakan pendapat al-Qiyas, al-Ihtisan juga mengambil kira sudut kemaslahatan dalam menjelaskan hukum syariat ketika mana tidak ada nas jelas mengenainya di dalam al-Quran & Hadis
ASAL USUL
- diasaskan oleh Abdullah ibn Mas'ud & Ali ibn Thalib. dimana kedua-duanya terpengaruh juga terikut-ikut dengan kaedah yang dilalui oleh Umar al-Khattab : mentafsirkan nas, 'ilal hukum serta menggunakan pendapat. seterusnya daripada kedua-duanya diwarisi & dekembang luaskan pula oleh sahabat & tabi'in lain selepas itu
- ahli dari kalangan tabi'in terkemuka di Iraq :
1) 'Alqamah ibn Qais ibn Yazid al-Nakha'ie al-Kufi
2) al-Aswad ibn Yazid al-Nakh'i
3) Masruq ibn al-Ajdi al-Hamadani
4)'Ubaidah ibn 'Amru al-Salmani
5) Syuraih ibn al-Harith al-Qadi
- 'Alaqamah dan ulama tersebut , kaedah menggunakan pendapat / Madrasah al-Ra'yi khususnya diikuti serta dikembangkan pula oleh Ibrahim ibn Yazid al-Nakha'i al-Kufi, 'Amir ibn Syarahanabil al-Sya'bi, Sa'id ibn Jubair dan selainnya. Kaedah al-Ra'yi daripada Ibrahim serta ulama tersebut diwarisi & dikembangkan pula oleh Hammad ibn Abu Sulaiman Syeikh Sbu Hanifah al-Imam
Ibrahim ibn YAzid al-Nakha'i merupakan kalangan ulama Tabi'in yang memain peranan utama menyebar luaskan MAdrasah istinbat tersebut daripada 'Alqamah ibn Qais
SEBAB TERSEBAR
a. Ulama Fiqh tersebut terpengaruh dan terikut dengan pengajaran Sahabat utama yang tinggal serta mengajar di sana, seperti : Ali ibn Abu Thalib & Abdullah ibn Mas'ud. Ertikata lain, di sana menetap mujtahid kalangan sahabat yang mana mreka itu senderung kepada aliran al-Ray'i
b. Ahli Fiqh Madrasah al-Ray'i kadangkala menolak sesebuah hadis diriwayatkan oleh perawi tunggal / riwayat yang tidak masyhur. sebagai ganti, mereka bertindak melaksanakan fatwa selaras dengan Kaedah Syariat atau MAslahah Kulliyah Umum
c. Ahli Fiqh Madrasah al-Ray'i merasakan jumlah para sahabat yang mengetahui, menghafaz hadis dan menetap diIraq sudah memadai. ekorannya, mereka tidak mencarihadis-hadis dan tidak bertanya sahabat lain selain di wilayah Iraq untuk dijadikan hujah serta istinbat hukum. Oleh sebab itu, mereka menggunakan pendapat & ijtihad.
d. Iraq & wilayah-wilayah sekitarannya, Kufah & Basrah tempat muncul serta bertapak puak Syiah juga Khawarij. Ia merupakan dua puak yang banyak mencipta hadis palsu. Untuk itu, ahli Fiqh yang ada di sana terpaksa mengambil langkah tegas sebelum menerima sesebuah hadis.
e. Adat kebiasaan, keadaan masyarakat serta keperluan masyarakat di wilayah Iraq banyak perbezaannya dibandingkan dengan Hijaz. Untuk itu, tidak dapat tidak ahli Fiqh Iraq terpaksa menggunakan pendapat / berpegang kepada al-Ra'yi untuk berfatwa.
PERSELISIHAN
1) Madrasah al-RA'yi hanya bertindak menolak sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh perawu tunggal jika hadis tersebut tidak cukup syarat atau ia tidak kukuh untuk dijadikan sandaran / kerana hadis tersebut tidak sampai kepada mereka. Manakala ahli Fiqh MAdrasah Hadis tidak menggunakan al-Ray'i melainkan keadaan terdesak kerana sikap berhati-hati & warak
2) Terdapat sekumpulan ahli Fiqh yang tetap berjuang, mengikuti serta terpengaruh dengan aliran Madrasah Hadis dalam berfatwa. Antara ahli Fiqh Iraq yang terikut dan berpegang dengan Madrasah Hadis iala : 'Amir ibn Syarahil al-Sya'bi. Begitulah juga sebaliknya, terdapat ahli Fiqh Hijaz yangterpengaruh serta mengikutialiran Madrasah al-Ray'i. Diman mereka itu sekurang-kurangnya cenderung menggunakan al-Ray'i dalam istinabt dan berfatwa ialah : RAbi'ah ibn Rahman Syeikh al-Imam Malik yang lebih dengan Rabi'ah al-Ra'yi