Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Latihan 2: Statistik Deskriptif Soalan 2 (Jenis Skala Pengukuran (Skala…
Latihan 2:
Statistik Deskriptif
Soalan 2
Data Kuantitatif
Satu kajian yang sistematik melibatkan proses-proses tertentu yang tertib dan saintifik (disokong oleh teori-teori dan kaedah-kaedah penyelidikan tertentu untuk menghasilkan penemuan baru)
Data mentah bentuk nombor
Menguji teori, membina fakta, menunjuk perbezaan, menunjuk perhubungan, meramal tingkahlaku dan menerangkan kejadian secara statistik
Populasi
Kumpulan sasaran pengkaji, keseluruhan kumpulan manusia serta objek yang boleh digeneralisasikan melalui dapatan kajian.
Sampel
Responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi.
Jenis Skala Pengukuran
Skala Ordinal
Jarak di antara satu angka dengan angka yang seterusnya adalah tidak sama
Skala Likert kerap digunakan di mana angka-angka 1,2,3,4 dan 5 mewakili tahap persetujuan subjek mengenai sesuatu pernyataan.
Melibatkan data-data kontinuum yang disusun secara teratur, bermula dengan angka yang kecil ( mewakili nilai yang kecil hingga ke angka yang lebih besar ( mewakili nilai yang lebih besar)
Skala Interval / Selang
Tidak mempunyai nilai sifar sebenar, contohnya, suhu mempunyai nilai negatif, 0 tidak menunjukkan nilai yang paling rendah.
Jarak antara skala adalah sama.
Melibatkan data-data kontinuum yang disusun secara teratur bermula dengan angka yang kecil (mewakili nilai yang kecil) hingga ke angka yang lebih besar (mewakili nilai yang lebih besar).
Skala Nominal
Contoh variabel: jantina, bangsa, parti politik, warna, program pengajian dan agama.
Data yang dikumpul bukan data kontinuum, tidak mempunyai magnitud dan tidak mempunyai makna pengiraan matematik.
Menggunakan angka untuk mewakili kategori-kategori sesuatu variabel.
Skala Ratio / Nisbah
Mempunyai nilai sifar sebenar, contohnya, skor Matematik terendah adalah 0 markah, tiada skor yang lebih rendah daripada 0.
Jarak di antara satu angka dengan angka yang seterusnya adalah sama (skala ini bernisbah).
Melibatkan data-data kontinuum yang disusun secara teratur bermula dengan angka yang kecil (mewakili nilai yang kecil) hingga ke angka yang lebih besar (mewakili nilai yang lebih besar).
Pengiraan matematik ( tambah, tolak, darab atau bahagi) boleh dilakukan untuk mendapatkan skor indeks.
Statistik Deskriptif
Untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal
Tidak membuat generalisasi daripada sampel kajian kepada populasi
Menggunakan petunjuk seperti frekuensi, min, mod, median, sela, sisihan piawai, varians, peratusan, kadar, nisbah, taburan normal, skor z dan sebagainya untuk menyatakan ciri-ciri sesuatu pembolehubah.
Untuk menghuraikan ciri-ciri pemboleh ubah.
Statistik Inferensi
Untuk menghuraikan ciri-ciri sampel yang dipilih daripada populasi
Untuk menghuraikan perhubungan antara pemboleh ubah.
Membuat generalisasi keputusan kajian yang diperoleh daripada sampel kajian kepada populasi kajian
Merangkumi ujian-t, ujian ANOVA, ujian Khi-Kuasa Dua, ujian korelasi Pearson dan sebagainya.
Data Kualitatif
Melengkapkan teori, meningkatkan kefahaman, menghuraikan kenyataan, menyatakan kejadian semulajadi dan menerangkan kejadian secara verbal.
Data mentah bentuk perkataan
Satu proses untuk memahami masalah sosial / kemanusiaan berdasarkan pembinaan gambaran yang kompleks dan holistik, menggunakan perkataan untuk melaporkan pandangan pemberi maklumat dan dijalankan dalam “natural setting”