Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 3: TABIAT PROGRAM AL-QURAN (BUKTI CARA NABI ADALAH TERBAIK :!: (Semua…
BAB 3: TABIAT PROGRAM AL-QURAN
Apa yg dpt dilihat
:fire: Al-Quran dalam tempoh 13 tahun hanya membicarakan tajuk yang satu - dalam bentuk yang pelbagai. Masalah ini adalah masalah utama, terbesar dan paling asasi iaitu masalah aqidah
:fire: Al-Quran Makki menceritakan suatu yang asas bagi manusia iaitu mengenali siapa mereka, dari mana, ke mana, siapa mewujudkan mereka dll.
:fire:Al-Quran Makki x menyentuh persoalan sistem hidup dan hukum-hukum cabang melainkan bila dirasakan persoalan asasi ini telah mantap di dalam hati kumpulan ini dan mereka mampu membawa sistem itu.
Tugas kita:
:left_right_arrow: Memerhatikan fenomena ini dan memikirkan mengapa ianya memerlukan masa yang begitu panjang. Bukankah LA ILAHA ILLA ALLAH yang dibawa itu terlalu mudah difahami oleh orang Arab :question:
Hakikatnya:
suatu yang terlalu sukar bagi orang Arab yang faham erti 'ILAH'.
LA ILAHA ILLA ALLAH dan uluhiyyah ertinya hakimiyyah tertinggi. Tauhid Allah pada uluhiyyah ertinya mencabut kekuasaan yang dimiliki oleh pendita, ketua-ketua, boss, pemerintah dan lain-lain lalu diberikan hanya kepada Allah.
Arab faham la ilaha illa ALlah adalah revolusi terhadap semua kuasa yang telah merampas dan menceroboh ciri ketuhanan. Oleh itu mereka bangkit melawan dakwah Nabi saw.
Persoalannya:
:question:
Kenapa perlunya Nabi saw memulakan dakwah dan seruan dengan perkara ini..? Kenapa dimulakan dengan noktah bidayah ini..?
MENGAPA TIDAK MULAKAN DENGAN INI SEMUA :question:
Mulakan dengan seruan nasionalis dan kebangkitan bangsa:
Masyarakat Arab berada dalam kemiskinan dan kemunduran. Bangsa sekeliling mereka kaya dan maju. Mengapa Nabi saw yang dipandang tinggi oleh masyarakat (al-Amin, hajar aswad, keturunan mulia dll) tidak membangkitkan seruan perkauman Arab untuk mengumpul seluruh bangsa Arab untuk bersatu..?
Mungkin seruan ini lebih mudah berjaya dari terpaksa menanggung keperitan selama 13 tahun.
Nabi boleh gunakan kekuasaan yang diperolehi dari orang Arab selepas itu untuk mula menyebarkan Islam dan akidah.
Mengapa tidak
:question: :one: KERANA ALLAH Maha tahu ! Allah tidak sengaja mahu menyusahkan Nabi dan kumpulan bersamanya.. TETAPI itu bukan jalannya.Kerana bukan caranya membebaskan manusia dari tangan taghut Rom atau Farsi kepada taghut Arab. :two: Kesemuanya adalah taghut tanpa mengira bangsa. Manusia dan dunia perlu dibebaskan dari taghut-taghut dan diperhambakan hanya kepada Allah. :three: Jinsiyyah (Kebangsaan) Islam sebenar adalah pada akidah yang mempersamakan antara arab dan rom, farsi dan India dll.
Mulakan dengan seruan persamaan dan keadilan ekonomi:
Masyarakat Arab majoritinya hidup ditindas. Kekayaan tidak adil dan riba yang bermaharajalela.
Nabi sepatutnya boleh membangkitkan kebencian kaum bawahan untuk menentang golongan atasan. Setelah menang dan mendapat kuasa, bolehlah ditanamkan akidah ke dalam masyarakat dengan lebih mudah.
Mengapa tidak
:question:
KERANA Allah tahu keadilan masyarakat hanya boleh lahir dari masyarakat yang mempunyai tasawwur i'tiqad yang jelas (memahami kenapa dan mengapa mereka memberi dan menerima, merasai balasan akhirat, melakukan tanpa disuruh atau dengan undang-undang dll).
Mulakan dengan gerakan pemulihan akhlak:
Kerana masyarakat begitu teruk (kezaliman, arak, judi, zina dan pelacuran dll). Nabi saw boleh menyeru kepada pembersihan akhlak dan mungkin ramai yang akan menyahut.
Mengapa tidak
:question:Kerana akhlak tidak akan mantap tanpa iman dan akidah dan kepercayaan kepada pembalasan.
BUKTI CARA NABI ADALAH TERBAIK :!:
Semua masalah selesai bila iman telah mantap dan manusia telah mengenal tuhannya. Mereka hanya menunggu apa sahaja suruhan dan arahan dari langit.
Kekuasaan Rom dan Farsi disapu bersih.. bukan untuk diberi kepada Arab tetapi diberi kepada Allah.
Kezaliman sosial bersih sebersih-bersihnya di atas nama Islam dan bukan atas nama lain.
Akhlak bersih tanpa memerlukan undang-undang atau peraturan kecuali jarang-jarang.
Ini semua berlaku kerana orang yang mendirikan negara dan sistem telahpun mendirikan agama ini dalam diri mereka dan mereka telah melayakkan diri untuk menerima amanah Allah ini (sabar dengan mehnah kerana Allah, tidak inginkan apa-apa pangkat anugerah dunia, tidak berbangga dengan bangsa atau tanahair dll)
Ini semua tidak mungkin berlaku kecuali dengan noktah bidayah dakwah 'LA ILAHA ILLA ALLAH'.